Top Menu
Language Select
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 8 Dis 2014
Versi 6.0.6
Footer Menu
Best Viewed
Sejarah Sibu Cetak Sejarah Sibu

Pengenalan

Picture

Sibu merupakan salah satu bandar dan bahagian di Sarawak. Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60km dari laut. Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina Foo Chow dan Iban dari batang Rajang.

Terdapat juga penduduk Bumiputra lain seperti kaum Melanau dan Melayu. Daya tarikan Sibu ialah keramahan penduduk di sini. Sibu mendapat nama daripada buah rambutan liar yang dikenali sebagai "Sibau" dalam bahasa Iban oleh penduduk tempatan.

Sejarah moden Sibu bermula pada pertengahan abad ke 19 apabila Lembah Rejang ini dijadikan Bahagian ketiga, Sarawak pada tahun 1861. Sibu pada mulanya menerima kedatangan imigran Cina yang dibawa oleh Rajah Kedua untuk menanam padi.

Walau bagaimanapun, penanaman padi tidak sesuai untuk Lembah Rejang dan ditukar kepada penanaman getah dan lada. Dari segi pentadbiran, Bahagian Sibu telah dibahagikan kepada 3 daerah iaitu Daerah Sibu, Daerah Kanowit dan Daerah Selangau.

Secara umumnya, Sibu terletak di kawasan tanah rendah yang dilitupi oleh paya, hutan bakau, nipah dan hutan paya. Muka bumi ini semakin berbukit-bukit apabila menuju ke kawasan pedalaman Daerah Kanowit dan Daerah Selangau.Pada awalnya sistem perhubungan banyak bergantung kepada pengangkutan air.

Ini kerana Sibu terletak di tepi Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia iaitu 773 kilometer. Kini dengan siapnya Jambatan Lanang dan Jambatan Durin telah menjadikan sistem pengangkutan jalan raya bertambah baik untuk menghubungkan Sibu dengan bandar lain seperti Sarikei, Mukah, Bintulu hingga ke Kuching. Ini juga banyak membantu pembangunan ekonomi Sibu terutamanya industri berasaskan kayu, pembinaan kapal, perbankan, komunikasi dan pengangkutan yang juga menjadi pusat bahagian tengah Sarawak.

Picture

Keluasan kawasan Bahagian Sibu :

DAERAH KELUASAN (KM PERSEGI)
Sibu 2,229.8
Kanowit 2,253.5
Selangau 3,795.0
KELUASAN KESELURUHAN 8,278.3





 
|